Video: Lebih 100 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Dekat Tawau

Tawau – Lebih 100 rumah atas air di Kampung Tanjung Batu Laut di Logpond, dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam ini.

Kejadian bermula pada jam 7 malam tadi mengakibatkan lebih 400 penduduk hilang tempat tinggal.

Sehingga jam 8.45 malam ini, bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.

Difahamkan, bomba berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan kampung berkenaan berikutan laluan yang sempit.

Setakat ini, bomba masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.20 petang sebelum menghantar lebih 30 anggota bersama empat jentera dan kenderaan utiliti ke lokasi.

“Jumlah sebenar rumah terbakar serta penduduk yang hilang tempat tinggal masih belum dapat dipastikan. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.