Lelaki Hina Nabi Menangis Ketika Dijatuhkan Hukuman

Kuala Lumpur  – Seorang penyelia tapak pembinaan dipenjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam menggunakan Facebook, Jun lalu.

Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga menamakan nama ‘Chow Jack’ membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Chow dilihat menangis di dalam kandang tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu Facebook dan menghantar komen bersifat jelik di https://www.facebook.com/cpm/chow.jack.982 (yang telah dipadam) dengan niat menyakitkan orang lain.

Chow didakwa melakukan perbuatan itu di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, di sini, pada jam 10.30 pagi 12 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

3 thoughts on “Lelaki Hina Nabi Menangis Ketika Dijatuhkan Hukuman

  • September 10, 2014 at 2:09 pm
    Permalink

    kalau cakap ikut sedap mulut tanpa kesan terhadap masyaRAKAT KELILING ITULAH PADAHNYA.

    Reply
  • September 11, 2014 at 3:56 pm
    Permalink

    Ramai lagi yang terlepas hukuman, semoga mereka belajar dan memahami

    Reply
  • September 15, 2014 at 8:19 pm
    Permalink

    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee’s)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.c0m
    drina1998.blogspot.c0m

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.