“Hati-hati dengan Nazri,” pesan Jazlan kepada PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘dinasihatkan’ berhati-hati dengan Datuk Seri Nazri Aziz,” pesan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

” Nasihat saya kepada Perdana Menteri, hati-hatilah dengan Nazri ini.

“Kalau Datuk Seri Najib ketika menjadi Perdana Menteri yang banyak berjasa dan berbudi kepada Nazri pun boleh dihina dan dicaci olehnya, sebesar mana sangatkah jasa Tan Sri Muhyiddin untuk mengawal Nazri dari berubah arah dan menikam belakangnya kembali? ujar Jazlan dalam hantaran di Facebooknya, pada Ahad.

Jazlan secara terbuka melabel Ahli Parlimen Padang Rengas itu sebagai ‘flip-flop’ atau tidak tetap pendirian.

“Saya terbaca artikel yang menemu ramah Nazri yang beria-ia memarahi Datuk Seri Najib Razak dengan perkataan makian yang melampau dan tiada adab.

“Saya tiada masalah pun kalau dia (Nazri) nak sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri kembali walaupun dia bersungguh-sungguh menentang Muhyiddin dulu bersama-sama dengan saya.

“Itulah Nazri. Flip Flop. Dia boleh menyokong sesiapa sahaja dan boleh berubah menjadi lawan dengan sekelip mata.

“Apa yang saya faham, kemarahan Nazri ini apabila Najib menarik sokongan kepada PN bersama-sama dengan rakan lain pada 3 Ogos.

Merujuk kepada dakwaan Nazri di perbincangan ahli Parlimen BN pada 29 Julai yang lepas, saya juga turut hadir bersama Najib yang bersetuju untuk memberi sokongan kepada PN tetapi menarik sokongan kepada Perdana Menteri di atas kebertanggungjawaban beliau terhadap Surat Istana Negara yang jelas murka dengan tindakan Kerajaan tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong untuk Ordinan Darurat ini dibahaskan sebelum ditolak.

“Namun pada 30 Julai, apabila tersebarnya satu Warkah sulit yang ditandatangani sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong menjawab surat Perdana Menteri, barulah kita semua dapat tahu cerita sebenar di sebalik kemelut di antara kerajaan dan Istana Negara.

“Setelah meneliti warkah itu terbukti banyak penipuan kerajaan terbongkar dan dihebahkan kepada umum dengan naratif yang jauh berbeza,” dedah Jazlan.

Justeru, katanya, bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, UMNO telah mengambil keputusan muktamad untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri kerana tidak mahu bersekongkol dengan si penderhaka Raja.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat