Rafizi Bertekad Hapus ‘Budaya Feudal’ Dalam PKR Jika Menang Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR — Rafizi Ramli bertekad mahu menghapuskan “budaya feudal” dalam PKR jika menang timbalan presiden dalam pemilihan ini.

Katanya, ada pemimpin PKR bersikap feudal apabila menjadi “tuan” yang menentukan jawatan dan makin kurang bergaul dengan orang bawah.

Sedangkan PKR sendiri dilahirkan daripada pejuang akar umbi di jalan raya ketika Gerakan Reformasi tahun 1998, katanya kepada Malay Mail.

“Demi meneruskan reformasi dan memastikan ia terus hidup, kita mesti ubah budaya feudal,” katanya.

Rafizi, yang tidak bertanding dalam pilihan raya lalu, mencabar Menteri Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang memegang jawatan itu sejak 2010.

Bekas ahli parlimen Pandan itu berkata budaya tersebut perlu diubah, lebih-lebih lagi PKR sudah menguasai kerajaan sejak 2008.

“Pemimpin PKR sebenarnya sedang dinilai sama ada kita menunjukkan sebarang bentuk feudalisme atau pun tidak,” katanya.

Mengulas peluangnya menewaskan Azmin, Rafizi berkata ia terpulang bagaimana ahli melihat perjuangan Reformasi. – MalayMail

One thought on “Rafizi Bertekad Hapus ‘Budaya Feudal’ Dalam PKR Jika Menang Timbalan Presiden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.