Video: NGO Desak SPR Gugur Kelayakan Lim Kit Siang

PETALING JAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilucutkan kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah , negara kita tidak perlukan seorang ahli parlimen yang bermotifkan kepentingan sendiri dan bersubahat dengan entiti asing dalam usaha mengulingkan kerajaan.

“Saya juga dah beritahu kepada pihak polis supaya memberitahu kepada Suruhanjya Pilihanraya untuk melucutkan dia sebagai ahli parlimen.

“Kita tidak mahu Ahli parlimen yang mempunyai kepentingan tersendiri dan bersubahat dengan warga asing dan entiti asing untuk mengulingkan kerajaan Malaysia dan menghuru-harakan negara kita,”katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan polis berhubung status kelahiran beliau.

Tambah beliau lagi, rekod buruk Lim Kit Siang ini nyata mengusarkan pihaknya keran beliau pernah di penjarakan di bawah ISA selama 18 bulan pada tahun 1969, dan di saman di bawah OSA dan di penjarakan selama 17 bulan di bawah Ops Lalang.

Beliau juga mempertikaikan bahawa buku-buku yang dihasilkan oleh Lim Kit Siang seperti Bom-bom Jangka Di malaysia  dahulu nyata hanya ingin menghuru-harakan negara.

Dalam pada itu, laporan polis dibuat pada hari ini susulan daripada hasil penyiasatan Shafik ke China untuk mendapatkan kepastian bahawa tempat lahir Lim Kit Siang.

Ketika berada di China, beliau mendakwa dapat melihat status kelahiran Lim Kit Siang yang berasal dari sana dan ibu serta ahli keluarganya masih berada di sana.

Justeru, beliau mengesa agar Lim Kit Siang memberikan pengesahan secara bertulis bagi mengesahkan status tempat kelahirannya.

“Apabila saya buat laporan polis ini, untuk memanggil Lim Kit Siang untuk mendapatkan pengesahan secara bertulis sebab sesiapa pun boleh tukar cerita.

“Bila polis yang panggil dia untuk sahkan tempat lahir dia, dari mana dia datang itu yang penting kerana kita perlu pengesahan secara bertulis untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya pengesahan tersebut bercanggah dengan kebenaran tertentu, maka penyisatan akan bermula,”ujarnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.