Giliran Rahman Dahlan ‘Sekolahkan’ Lim Guan Eng

Semalam, Guan Eng meminta Rahman Dahlan untuk kembali ke sekolah.

Berikut adalah petikan dari kenyataan Rahman hari ini.

1. YAB Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan akhbar yang panjang di mana beliau melemparkan lebih banyak penghinaan peribadi kepada saya – kali ini beliau mengatakan bahawa saya tidak tahu bagaimana untuk mengira dan harus kembali ke sekolah untuk belajar perakaunan.

3. Guan Eng membantah kenyataan saya bahawa tanpa bantuan penstrukturan semula air 2011 dari Kerajaan Persekutuan, hutang negeri Pulau Pinang akan meningkat tiga kali ganda berbanding pengurangan sebanyak 95%. Itulah sebabnya beliau berkata bahawa saya perlu belajar perakaunan.

4. Pengiraannya sebenarnya mudah sahaja. Saya terkejut bahawa Guan Eng tidak faham.

5. Hutang Negeri Pulau Pinang adalah RM687.8 juta pada tahun 2010. Kerana perjanjian penstrukturan semula air tahun 2011, Kerajaan Persekutuan kemudian mengambil alih RM655.24 juta daripada hutang tersebut yang menyebabkan baki yang tinggal kira-kira RM32.55 juta sahaja – pengurangan sebanyak 95%.

6. Walau bagaimanapun, Guan Eng tidak mengambil kira bahawa sebagai sebahagian daripada perjanjian penstrukturan semula air 2011, Kerajaan Persekutuan memberi geran RM1.2 bilion kepada Pulau Pinang untuk membesarkan Empangan Mengkuang Pulau Pinang.

7. Sekiranya perjanjian penstrukturan semula air 2011 dibatalkan maka hutang negeri Pulau Pinang akan kembali kepada RM687.8 juta sementara Pulau Pinang perlu membayar balik geran RM1.2 bilion.

8. Ini bermakna jumlah hutang negeri kini ialah RM1,887.8 bilion – atau hampir tiga kali ganda daripada hutang negeri asal iaitu RM687.8 juta.

Inilah sebabnya mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan mahu membatalkan perjanjian penstrukturan semula air 2011 walaupun saya mencabar mereka untuk berbuat sedemikian.

Encik Akauntan Guan Eng, anda faham atau tidak sekarang?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 8 Ogos 2017

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.