Elyana Sering Kongsi Kisah Sedih Di Instagram?

Penyanyi Elyana yang terkenal dengan lagu Kalis Rindu inikini lebih banyak berkongsi kisah sedih di Instagramnya.

Perkongsian rasa kekecewaannya di Instagram Itu mendapat perhatian peminatnya yang tidak jemu untuk mengetahui perkembangan terkini penyanyi itu.

Dalam temuramah petik bersama BH, Elyana memberitahu dia terharu dan langsung tidak sangka masih ada peminat yang mengikuti perkembangannya dan sentiasa memberi respons terhadap posting-postingnya.

“Secara jujur, saya akan berkongsi status jika ‘down’ (murung), bukan sekadar memuat naik perkara yang menggembirakan di media sosial. Kadang kala, saya tidak tahu bagaimana hendak meluahkan (perasaan), jadi akaun Instagram dijadikan medium berkongsi kesedihan.

“Tidak sangka ramai yang memberi kata-kata semangat selepas melihat perkongsian saya. Sikap positif yang ditunjukkan netizen menerusi mesej yang diterima menguatkan kembali semangat ini,” katanya.

Namun walaupun sering berkongsi segala perkembangan di sosial media, Elyana berkata dia bukanlah sehingga tahap ketagih. Sebaliknya hanya sekadar mengisi kekosongan waktu.

“Saya sebenarnya buta teknologi. Jadi apabila diperkenalkan dengan aplikasi ‘Insta Story’, saya seronok menggunakannya. Namun, tidaklah hingga saya ketagih dengan Instagram, cuma sekadar mengisi kelapangan.

“Apa yang peliknya, ramai yang bertanya kepada saya sekiranya satu hari tidak memuat naik apa-apa di ‘Insta Story’. Tidak sangka saya dikenali kerana sering berkongsi rutin di media sosial pula,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!