Pihak Berkuasa Diminta Kaji Kesan Pokemon Go Dari Aspek Keselamatan

BUKIT MERTAJAM – Pihak berkuasa diminta melaksanakan kajian berhubung kesan buruk dan baik aplikasi permainan Pokemon Go dari aspek kelematan dan sosial.

 

 

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perlunya kajian menyeluruh dilakukan berhubung kesan permainan yang kini semakin mendapat perhatian umum untuk diketahui dengan lebih mendalam oleh masyarakat.

 

 

Ketika menyatakan pandangan peribadinya berhubung permainan realiti digital itu, Lam Thye berkata, permainan berkenaan boleh dilihat dari dua sudut iaitu pro dan kontra.

 

 

“Jika dilihat dari sudut kebaikannya (pro) permainan ini dilihat sebagai satu permainan yang mengeratkan hubungan keluarga yang mana sebuah keluarga melakukan aktiviti bersama keluar dan beriadah mencari Pokemon Go.

 

 

“Namun permainan ini juga harus dikaji sedalam-dalamnya kerana turut mengundang beberapa keburukan yang dapat memberi kesan kepada individu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Integrasi dan Profesionalisme di Politeknik Seberang Perai di sini hari ini.

 

 

Mengulas lanjut beliau berkata, dari aspek negatif permainan Pokemon Go, ia boleh menyebabkan seseorang itu ketagih terhadap permainan tersebut sekali gus menjadikannya leka dan permainan ini juga berpotensi membuatkan seseorang itu terdedah dengan bahaya antaranya diragut. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.