Muhyiddin Daftar Parti Baharu

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang permohonan bagi pendaftaran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di sini hari ini.

 

 

Memetik laporan Utusan, Muhyiddin berkata, BERSATU terbuka kepada semua orang Melayu, Orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak manakala untuk orang bukan Melayu mereka dialu-alukan sebagai ahli bersekutu.

 

 

“Bersatu turut menyenaraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi untuk parti baharu tersebut,” katanya selepas menyerahkan borang pendaftaran itu di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.