Lebih 1,000 Penumpang Bermalam Di Lapangan Terbang Narita

TOKYO – Lebih 1,000 penumpang terpaksa bermalam di lapangan terbang Narita akibat masalah komputer yang melumpuhkan operasi penerbangan Delta Airlines di seluruh dunia.

 

Operasi penerbangan akhirnya diteruskan pagi tadi di Narita, tetapi jurucakap Delta, Hiroko Okada berkata beberapa lagi kelewatan dijangkakan. “Ia satu mimpi ngeri,” kata warga Amerika, Jeff Quigley, yang tidur di lapangan terbang selepas penerbangannya tengah hari semalam ke Manila ditangguhkan ke hari berikutnya.

 

Narita ialah hab Asia Pasifik untuk Delta dan beberapa syarikat penerbangan AS lain. Penutupan itu dicetuskan oleh gangguan kuasa di kemudahan Delta di Amerika Syarikat, yang menyebabkan ramai penumpang terkandas di Jepun.

 

Enam penerbangan dibatalkan, menjejaskan 1,733 pelancong, manakala 15 lagi penerbangan ditangguhkan, kata Okada. Jurucakap di lapangan terbang Narita, Katsuaki Tomimura berkata lebih 1,000 orang bermalam di sebuah lobi ketibaan di lapangan terbang.

 

Penerbangan yang dibatalkan adalah dua ke Honolulu, dan masing-masing satu ke New York, Minneapolis, Los Angeles dan Atlanta. – AP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.