DUN Sabah Lulus Tambahan 13 Kerusi DUN

KOTA KINABALU – Bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan meningkat dari 60 kepada 73 pada pilihan raya akan datang.

 

DUN Sabah meluluskan pindaan yang menyaksikan penambahan kepada 73 kerusi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri ini.

 

Pindaan rang undang-undang itu disokong 55 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam persidangan DUN di sini, Selasa.

 

Terdahulu dalam persidangan itu, Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Teo Chee Kang (BN-Tanjong Kapor) berkata pindaan itu dilakukan tepat pada masanya kerana mengikut perlembagaan, SPR mempunyai hak untuk mengkaji semula, menganalisis dan menambah kerusi setiap lapan tahun.

 

Semasa sesi perbahasan, barisan menteri negeri dan Adun menyatakan keperluan untuk mempunyai pengagihan kerusi yang adil. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.