Video: Presiden Pilih Untuk Rasmi Mesyuarat Umno Pasir Gudang

Pasir Gudang – Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin menjelaskan selaku Presiden, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah memilih sendiri untuk merasmikan mesyuarat bahagian parti itu sejak dua bulan dahulu.

 

Beliau berkata memang menjadi amalan setiap tahun untuk presiden merasmikan sekurang-kurangnya satu bahagian di setiap negeri.

 

 

“Ada bahagian lain di Johor yang menjemput perdana menteri.

 

“Tetapi beliau perlu berada di Singapura dan hanya sempat merasmikan mesyuarat bahagian yang bersebelahan dengan negara itu,” katanya.

 

Beliau berkata atas sebab itu bahagian yang paling sesuai adalah Pasir Gudang.

 

Khaled turut menzahirkan rasa sangat terhormat dan terhormat menerima kedatangan Presiden Umno ke mesyuarat perwakilan Bahagian Pasir Gudang.

 

“Persidangan kali ini amat bertuah kerana presiden parti akan rasmikan, presiden yang minta untuk rasmikan dan bukan atas kehendak bahagian

 

“Kerana 2 bulan lepas, presiden melalui setiausaha agung Umno maklumkan mahu rasmikan (mesyuarat) bahagian,” katanya dalam ucapan pertama itu. atas kapasiti sebagaui Ketua Umno Bahagian sebelum ketibaan Najib untuk merasmikan mesyuarat tersebut di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor pagi tadi.

 

Beliau turut mengharapkan agar segala isu berbangkit dapat diselesaikan sebelum pilihan raya akan datang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.