Video: Peserta United Kingdom Johan Pertandingan Pidato Antarabangsa

Putrajaya – Wakil dari United Kingdom, Joshua Parfitt dinobatkan juara bagi kategori Antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015).

 

Dengan kemenangannya itu, Joshua, 22, berjaya membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai USD 7,000 (RM27,000), hadiah iringan dan sijil penyertaan.

 

 

Naib johan kategori Antarabangsa dimenangi peserta dari Australia, Emma Cecilia Roberts sekali gus memenangi piala iringan, wang tunai USD5,000 (RM19,000), hadiah iringan dan sijil.

 

Peserta dari Amerika Syarikat, Wyatt Evan Gordon pula meraih tempat ketiga dan membawa pulang piala iringan, wang tunai USD3,000 (RM12,000), hadiah iringan dan sijil penyertaan.

 

Bagi kategori Alam Melayu pula, pelajar jurusan Teknologi Maklumat (IT) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Akmal Aizat Umar, 23, yang mengangkat tema pidato Keamanan Dunia berjaya memukau juri sehingga dinobatkan juara.

 

Seorang lagi peserta Malaysia, penuntut jurusan Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Janise Then Siaw Lian, 23, bergelar naib johan dengan mengangkat tema Makna Sebuah Perpaduan.

 

Peserta termuda dari Thailand, Awabeen Samsuding, 19, pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan mempertaruhkan Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh sebagai tema teks pidatonya.

 

Sementara kategori baharu diperkenalkan pada tahun ini, Pelajar Antarabangsa di Malaysia yang mewakili UIAM, Maheer GM Abdul Rasol diumumkan sebagai juara mengalahkan dua pesaing, Walid Baseel Mohamad Ali dari Universiti Putra Malaysia di tempat kedua sementara wakil Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maher G.M Abdolrasol di tempat ketiga.

 

Kesemua peserta membawa pulang ganjaran yang sama bagi setiap kategori.

 

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

 

Pertandingan akhir PABM dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia dipancarkan secara langsung menerusi TV1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!