Kubur Pelumba Lagenda F1 Digali Semula

BUENOS AIRES – Seorang hakim di sini mengarahkan kubur legenda sukan permotoran sekitar tahun 1950-an, Juan Manuel Fangio, digali semula.

 

Ia dilakukan bagi mendapatkan sampel daripada mayat Fangio, bagi menyelesaikan kes genetik yang dibawa oleh dua orang lelaki daripada tujuh puluh yang lain, mengaku sebagai anak-anaknya.

 

Fangio memenangi kejohanan dunia Formula 1 (F1) sebanyak lima kali sekitar tahun 1950-an.

 

Dia tidak pernah berkahwin dan tidak mengisytiharkan memiliki anak, tetapi biografi beliau mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan dua dekad dengan seorang wanita.

 

Anaknya, Oscar Espinosa, mempunyai bakat semulajadi dalam Formula 3 dan dikenali oleh rakan-rakan sebagai ‘Cancho’ Fangio lapor BBC.

 

Manakala seorang lagi yang mengaku sebagai anaknya, Ruben Vazquez, mengemukakan tuntutan bapa yang berasingan.

 

Vazquez berkata beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan daripada segi kewangan sebaliknya hanya mahu dikenali dengan nama keluarga Fangio.

 

Juan Manuel Fangio meninggalkan harta pusakanya kepada yayasannya dan sebuah muzium yang menggunakan namanya.

 

Rekod F1 yang dimilikinya kekal sebelum pelumba Jerman, Michael Schumacher memecahkannya pada tahun 2003. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.