Hina Mangsa MH370, Mana Hati Perut Akhbar Charlie Hebdo?

KUALA LUMPUR – Jacquita Gomes, isteri ketua pramugara pesawat penerbangan MH370, Patrick Gomes, meluahkan rasa kesal terhadap majalah satira Perancis, Charlie Hebdo yang sanggup menerbitkan gambar karikatur pesawat malang itu di muka hadapan.

 

Muka hadapan yang memaparkan dua penduduk La Reunion di mana flaperon (sebahagian sayap) dari pesawat Boeing 777-200 ditemui, terjumpa pula sepasang tangan putus dikatakan milik juruterbang yang memegang payu dara pramugari.

 

Beliau berkata karikatur itu tidak sensitif dan mengejek mereka yang masih lagi bersedih di atas kehilangan ahli keluarga tersayang dan sahabat.

 

“Mereka tidak sepatutnya menerbitkan kartun begitu.charlei hebdo satira mh370

 

“Sekarang ini kami masih bersedih dan mereka menambahkan kesedihan kami.

 

“Mereka ini datang dari mana? Kenapa langsung tidak ada hati perut?” Soalnya ketika dihubungi The Rakyat Post.

 

Beliau berkata, karikatur muka hadapan itu memang menjelekkan dan menghina semua kru dan pesawat di dalam pesawat malang.

 

Beliau mempersoalkan apakah reaksi syarikat itu sekiranya mangsa adalah rakyat Perancis pula.

 

“Tidak adil untuk mereka buat macam itu.

 

“Mereka mungkin tidak ada perasaan sensitif langsung.

 

“Ramai nyawa terkorban dan anda buat ia sebagai bahan jenaka. Saya tidak tahu apa nak cakap fasal mereka,” katanya.

 

Ia mengingatkan sedutan filem yang dibuat berdasarkan pesawat MH370 yang ditayangkan di Festival Filem Cannes 2014.

 

Jacquita berkata, beliau mahu saja terbang ke Cannes dan menghentikan sedutan filem itu dari ditanyangkan, kalau boleh.

 

Gambar karikatur muka hadapan Charlie Hebdo itu turut dikritik hebat oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM). – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.