Ustaz Hassan Azhari Masuk IJN

Kuala Lumpur – Tokoh agama dan guru al Quran terkenal, Tan Sri Hassan Azhari, 85 tahun dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Ia dimuat naik dalam status Facebook anaknya, Datuk Fuad Hassan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang.

Menurut beliau ayahnya menerima rawatan berikutan masalah injap jantung yang lemah.

Dalam statusnya, Fuad memaklumkan bapanya dimasukkan di pusat perubatan berkenaan dan pada hari yang sama beliau menjalani pemeriksaan jantung.

Hassan Azhari yang terkenal melalui rancangan Muqaddam yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 70an adalah muazin ketika negara menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Beliau mempunyai 22 orang anak daripada tiga orang isteri.

Selain Fuad, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan pelakon Dato’ Jalaluddin Hassan antara anaknya yang menonjol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.