Rakyat Palestin Harus Mati, Mereka Yang Mulakan

Sydney – Pelawak Hollywood, Joan Rivers telah mengejutkan dunia apabila melemparkan kata-kata kasar yang dianggap tidak berperikemanusiaan.

Dia dikecam kerana memberi kenyataan ketika ditanya mengenai jumlah kematian yang semakin meningkat di Gaza.

Pelakon berusia 81 tahun itu terus menjawab dalam keadaan marah kepada seorang paparazi di Lapangan Terbang Los Angeles.

“Kematian? Mereka patut mati. Kamu (rakyat Palestin) yang mulakan, jangan harap saya akan bersedih terhadap kamu.

Apabila diberitahu bahawa hampir 2000 orang awam telah terbunuh, dia menjawab “Oh Tuhan! Beritahu perkara itu kepada rakyat di Hiroshima.

“Baik, baik. Apabila kamu mengisytiharkan perang dan kamu memulakannya,” katanya yang menganggap kerajaan Hamas di Gaza sebagai pengganas.

“Kamu telah diberitahu untuk keluar tetapi kamu tidak keluar. Orang yang terbunuh itu adalah orang yang mempunyai IQ yang rendah,” katanya.

News.com.au melaporkan Joan bagaimanapun telah mengeluarkan permohonan maaf dan menyalahkan media kerana telah menerbitkan komennya di luar konteks asal.

Menerusi halaman rasmi Facebooknya, dia menulis mengenai kekecewaannya terhadap media yang memutarbelit kenyataannya.

Katanya peristiwa di Hiroshima dan Nagasaki meninggalkan kesan yang mendalam terhadap rakyat Amerika Syarikat sehingga merasa bersalah sehingga kini.

“Saya sedih dan kecewa kerana kenyataan saya mengenai tragedi korban awam telah diambil di luar konteks.

“Media, seperti biasa, telah memutuskan untuk hanya memetik yang terbaik daripada konteks dan tidak melaporkan secara menyeluruh apa yang saya perkatakan.

“Saya tidak bodoh dan sebagai orang yang waras, saya sentiasa mendoakan keamanan di dunia,” luahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.