PKR Ambil Langkah Songsang, Selangor Lakar Sejarah MB Dari ADUN Bebas

Kuala Lumpur – Pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilakukan tanpa mengambil kira surat tunjuk sebab yang dikemukan beliau kepada Lembaga Disiplin Parti itu pada Jumaat.

Perkara berkenaan dibangkitkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Dalam reaksinya berhubung pemecatan berkenaan, dia menjelaskan Abdul Khalid telah menghantar surat meminta supaya sesi penangguhan dibuat pada 15 Ogos ini.

Melalui surat berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu telah membangkitkan beberapa perkara termasuk senarai panel yang akan melakukan proses pendengaran dan tata cara pelaksanaannya.

Jelasnya, ia bagi memastikan sama ada Abdul Khalid boleh diwakili peguam atau boleh membawa pegawainya bagi menjawab proses berkenaan.

Malangnya, PKR dikatakan telah membuat keputusan tanpa memberi peluang kepada Abdul Khalid untuk mempertahankan diri.

“Malang, PKR mengambil langkah songsang begini. Saya gembira menjadi sebahagian dari lakaran sejarah politik negeri Selangor bahawa Menteri Besar adalah dari ADUN bebas,” kata Faekah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.