MH17: Dua Rakyat Malaysia Telah Dikenal Pasti

The Hague – Dua rakyat Malaysia merupakan antara 21 mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik, kata Kerajaan Belanda setakat semalam.

Selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa terdiri daripada 16 warga Belanda, Britain (1), Jerman (1) dan Kanada (1).

Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Sebelum ini, mangsa rakyat Malaysia yang pertama dikenal pasti oleh pasukan forensik Belanda dipercayai Elaine Teoh, 27, berasal dari Pulau Pinang.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenaan masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda.

Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.