Kereta Masuk Restoran

Kota Kinabalu – Sebuah kenderaan merempuh masuk sebuah restoran Jepun di Gaya Street di Kota Kinabalu selepas dilanggar kenderaan lain.

Insiden berlaku pada jam 1.40 petang.

Kejadian menyebabkan pelanggan yang ketika itu sedang menikmati hidangan tengah hari terkejut.

Ia berlaku apabila sebuah kenderaan empat roda jenis Toyota Hilux terdahulu merempuh sisi belakang Produa Myvi yang diparkir di luar premis berkenaan.

Perlanggaran menyebabkannya bergerak menuju ke laluan pejalan kaki seterusnya merempuh pintu masuk premis berkenaan.

Difahamkan bahawa pemandu Toyota Hilux merupakan seorang lelaki berusia 20-an, yang ditemani ibunya dipercayai hilang kawalan ketika kejadian berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.