Janin Bayi Ditemui Dalam Kolam Kumbahan

Johor Baharu – Orang awam menemui satu janin manusia di kolam kumbahan Jalan Aman, Larkin Utama.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat dan menemui janin itu, berukuran lapan sm dan seberat 500g.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh dalam kenyataan berkata, pihaknya percaya janin itu datangnya dari saluran tandas dari flat Taman Larkin yang berdekatan.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan itu untuk menghubungi polis di talian hotline Ibu pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan di 07-2218999 untuk membantu siasatan.

Janin itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.