Malaysia berjaya raih potensi pelaburan berbilion ringgit hasil lawatan 3 negara – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan berbilion ringgit meliputi pelbagai sektor antaranya teknologi tinggi, aeroangkasa, tenaga mampan dan inovasi.

Menteri Kewangan itu memberitahu, pelaburan berkualiti ini bukan sahaja memperkukuh asas ekonomi negara, malah berpotensi menjana peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat.

“Berakhir lawatan rasmi ke tiga negara utama iaitu Itali, Perancis dan Brazil yang membawa misi besar buat Kerajaan Madani dalam mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelaburan berdaya saing serta rakan dagang strategik di peringkat antarabangsa.

“Alhamdulillah, hasil daripada rangkaian pertemuan berprofil tinggi dan perbincangan mendalam sepanjang lawatan ini, Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan berbilion ringgit meliputi pelbagai sektor antaranya teknologi tinggi, aeroangkasa, tenaga mampan dan inovasi,” katanya.

Kata Anwar, di pentas BRICS, beliau menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten dan berprinsip dalam memperjuangkan kerjasama global yang lebih adil, saksama dan berteraskan keamanan sejagat.

Jelas Anwar lagi, penyertaan Malaysia dalam sidang ini membuka akses pasaran baharu kepada syarikat tempatan serta memperkukuh kedudukan negara dalam landskap geoekonomi dunia yang semakin mencabar dan dinamik.

“Diplomasi yang dilaksanakan bukan sekadar menjalin hubungan, tetapi membawa impak konkrit terhadap kesejahteraan rakyat dan kelangsungan masa depan negara. Ia mencerminkan pendekatan Kerajaan Madani yang berpandangan jauh, progresif dan berteraskan kepentingan nasional.

“Lawatan ini turut memperkukuh hubungan dua hala yang erat dan saling menguntungkan dengan rakan-rakan strategik di Eropah, Amerika Latin dan negara anggota BRICS, selain memperkasa peranan Malaysia dalam memantapkan agenda pembangunan negara Selatan Global.

“Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh delegasi Malaysia meliputi wakil kerajaan, agensi dan delegasi perniagaan yang telah melaksanakan setiap agenda dengan penuh profesionalisme dan komitmen tinggi.

“Langkah kita tidak akan terhenti di sini. Kita akan terus mara ke hadapan, membuka ruang kerjasama baharu dan membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang di persada dunia,” ujar Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat