Algeria, Uruguay rasmi sertai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Algeria dan Uruguay akan menyertai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) secara rasmi hari ini.

Dua negara itu dijangka menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) ASEAN, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, menerusi majlis pada Rabu ASEAN mengalu-alukan Algeria dan Uruguay sebagai negara baharu yang menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN (TAC).

Dalam ucapan pembukaan semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan Kuala Lumpur pada Rabu, beliau berkata prinsip ASEAN kini diterima secara meluas di luar rantau Asia Tenggara.

Perjanjian itu merupakan dokumen asas dan mengikat secara sah dalam rangka kerjasama ASEAN dan telah ditandatangani 55 negara termasuk Ukraine, China, India, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

TAC yang ditubuhkan pada 1976 berfungsi sebagai kod etika dalam hubungan antara negara di rantau ini dan seterusnya, merangkumi prinsip universal kewujudan bersama secara aman dan kerjasama dalam kalangan negara-negara anggota.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat