Art Show: Muzik, seni, pendidikan & uniti, tonjolkan identiti nasional

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Dalam konteks perpaduan, budaya dan seni merupakan salah satu platform terbaik untuk kita saling mengenali khususnya keunikan pelbagai kaum di negara ini.

Oleh itu,usaha Muzium Muzik, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) mengadakan program yang menggabungkan nilai-nilai uniti ini sangatlah dipuji dan dialu-alukan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Datuk Azman Mohd Yusof berkata demikian ketika menyempurnakan program Art Show: Muzik, Seni, Pendidikan dan Uniti di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Dr. Tan Awang Besar; Prof. Ts. Dr. Khairul Azril Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal ASWARA dan Pengarah Bahagian Inovasi, Jaringan Strategik dan Pemasaran ASWARA, Ramlan Mohd Iman.

Azman berkata, perkongsian idea pelajar yang kreatif dapat memupuk pemahaman masyarakat terhadap warisan seni budaya sebagai identiti nasional yang diwarisi bersama menerusi pendekatan ‘rejuvenate’ museum (meremajakan muzium) melalui seni dan muzik.

Katanya, selain institusi muzium, kementerian juga sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak bagi aktiviti-aktiviti yang berkait dengan unsur perpaduan dan keharmonian.

“Program ini juga merupakan salah satu usaha JMM untuk membentuk dan membina rangkaian rakan sinergi bersama agensi-agensi awam dan swasta.

“Ianya disasarkan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia khususnya yang meminati pelbagai cabang seni budaya,” ujarnya lagi.

Art Show dilaksanakan dengan kerjasama KPN melalui JMM, ASWARA dan Pusat Pengajian Seni Digital dan Imej, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor yang berlangsung pada 18 Mac lalu sehingga 31 Julai ini di Galeri Muzik, Muzium Muzik, JMM.

Ianya melibatkan penyertaan lebih 200 orang pelajar daripada Fakulti Seni Halus ASWARA dan Kolej Seni Kreatif UiTM Selangor.

Mereka telah menghasilkan karya-karya seni kreatif yang menonjolkan kepelbagaian koleksi alat muzik etnik di Malaysia.

Antaranya, yang diolah ke dalam bentuk seni halus, seni grafik, animasi, motion graphic, seni tipografi, pencetakan dan media digital serta pelbagai produk cenderahati kreatif. – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat