Sumbangan Ini Amat Bermakna Bagi Saya – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sumbangan berjumlah RM489,166 yang diterimanya hari ini adalah yang amat bermakna.

Jelasnya, beliau amat terharu atas sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO dari setiap peringkat, bahagian sehinggalah ahli-ahli biasa.

“Ini sesuatu sumbangan yang amat bermakna pada saya dan saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana sumbangan ini tidak dibuat berdasarkan arahan, sebaliknya terbit dari hati nurani yang ikhlas.

“Mudah-mudahan doa restu mereka semua, saya dan keluarga dapat lalui ujian besar ini dengan jayanya bersama izin Allah,” katanya sebelum meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tabung Solidariti Najib Razak itu diserahkan oleh Pengerusi Sekretariat Solidariti Najib Razak, Datuk Mohd. Razlan Muhammad hasil kutipan rakyat Malaysia dan juga beberapa negara luar seperti Kanada, Singapura dan Indonesia.

Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tepat pukul 11.45 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi menandatangani dokumen pengesahan pembayaran baki proses dokumentasi ikat jaminnya.

Dalam pada itu, Najib memberitahu beliau turut dihadiri oleh UMNO Bahagian Tumpat awal pagi tadi di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan membantu proses ikat jaminnya. – Utusan

One thought on “Sumbangan Ini Amat Bermakna Bagi Saya – Najib

  • July 10, 2018 at 9:24 am
    Permalink

    bagus dermalah lagi…. baik hati lah korang … mcm tu lah…. org susah lagi ramai? korang tak pula nak derma pd yg susah?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.