Polis Bentuk Unit Khas Pantau Pengunjung Laman Porno Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR — Polis membentuk satu unit yang dilengkapi teknologi terkini bagi mengesan peminat bahan lucah kanak-kanak di internet.

Unit bawah Bahagian Siasatan Seks, Wanita dan Kanak-kanak memantau kekerapan dan berapa lama seseorang melawat laman web lucah, lapor New Straits Times.

Penolong pengarahnya ACP Ong Chin Lan berkata Unit Siasatan Jenayah Siber Terhadap Kanak-kanak Malaysia (Micac) memantau kegiatan setiap hari.

Selain itu, unit ini mengumpul data lokasi pelayar bahan lucah, kegiatannya atas talian dan bahan yang dilihat dan dikongsikan.

Menggunakan perisian kawalan jenayah terhadap kanak-kanak ICACCOPS yang dibangunkan di Amerika Syarikat, unit ini meminta kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pelayarnya.

“Kami akan memanggil untuk soal siasat atau menangkap mereka di rumah atau di mana mereka berada,” katanya, yang mendedahkan bagaimana ia berfungsi.

Perisian itu memaparkan alamat IP pengguna, lokasi, waktu laman web dilayari, nama laman web dan tempoh seseorang pengguna di laman itu. – ProjekMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.