Sultan Selangor Ingatkan Bakal Haji Jaga Adab Di Tanah Suci

SHAH ALAM – Bakal haji dari negeri Selangor diingatkan supaya sentiasa menjaga tatatertib dan disiplin sepanjang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci kelak, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda turut menasihatkan bakal jemaah haji supaya mematuhi segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji.

“Janganlah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri dan juga imej negara dan negeri Selangor yang kita kasihi,” titahnya pada majlis penutup Kursus Perdana Haji Musim 1438/2017M peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini, lapor Bernama.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Seramai 6,127 bakal haji dari Selangor mengikuti Kursus Perdana Haji tahun ini yang merupakan kursus terakhir dianjurkan Tabung Haji dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan jemaah haji sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.