Rusia Dan AS Setuju Gencatan Senjata Di Barat Daya Syria

HAMBURG, Jerman – Rusia dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk gencatan senjata di barat daya Syria bermula dari tengah hari Ahad, kata Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov.

Menurut AFP, “Hari ini di Amman pakar Rusia, Amerika dan Jordan … bersetuju dengan memorandum persefahaman untuk mewujudkan zon de-eskalasi” di kawasan Daraa, Quneitra dan Sweida, Lavrov berkata, lapor RTM.

“Gencatan senjata di zon ini adalah dari waktu siang hari Damsyik pada 9 Julai.”

Lavrov bercakap pada sidang kemuncak G20 di Hamburg yang mana beliau hadir dalam perbincangan antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Rusia, Vladimir Putin – pertemuan tatap muka pertama mereka.

Lavrov berkata gencatan senjata yang ditetapkan mulai Ahad akan diawasi oleh polis tentera Rusia “dalam penyelarasan dengan orang Jordan dan Amerika”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.