Penumpang Berkerusi Roda Perlu Berhati-Hati Keluar Masuk LRT – Rapid

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menasihati penumpang yang menggunakan kerusi roda agar mendapat bantuan petugas di stesen LRT semasa memasuki atau keluar daripada tren agar mereka tidak tersangkut pada ruang platform yang ada antara lantai plaform dan tren.

“Orang kurang upaya (OKU) boleh mendapat bantuan daripada Polis Bantuan kami atau sebarang petugas lain di platform.

Jika tanpa kehadiran mereka, OKU boleh meminta bantuan penumpang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan.

Selain itu pengumuman turut dibuat dari semasa ke semasa agar penumpang berhati-hati dengan ruang yang ada, katanya.

Beliau mengulas mengenai kes yang pernah berlaku sebelum ini di mana kerusi roda seorang OKU tersangkut pada platform di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.

Zohari berkata pengguna juga perlu memastikan kerusi roda mereka berada dalam keadaan baik.

“Bila masuk atau keluar daripada tren, penumpang atas kerusi roda perlu pastikan kerusi roda mereka betul-betul menghadap pintu tren.

“Jangan masuk atau keluar dari sebelah tepi. Juga jangan tergesa-gesa kerana masa untuk masuk dan keluar adalah mencukupi,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.