Peminat Suka Tengok Gelagat Yusuf Iskandar Sambut Hari Jadi

Rata-rata pengikut anak kepada pasangan pelakon, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar suka melihat keletah dan gelagat mencuit hati kanak-kanak itu, ketika menyambut majlis ulang tahun kelahirannya yang pertama.

Ragam Yusuf itu dilihat menerusi video dan juga beberapa foto yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG), @theyusufiskandar semalam.

Peminat turut membalas komen-komen lucu yang berkaitan dengan kapsyen selain mengusik Yusuf.

Walaupun Yusuf telah menyambut hari jadi pertama pada 3 Jun lalu, namun disebabkan jadual kerja yang padat Hanis atau lebih mesra dengan panggilan Kek Nis ini baru berpeluang mengadakan majlis itu semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.