Jangan Sampai Kita Buka Aib Mahathir

BAGAN DATUK – “Kalau dia tidak jaga mulut dan berkelakuan baik, kita akan buka aib dia selama 22 tahun memerintah negara.

Itu amaran yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk, pagi tadi.

Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, setiap pemimpin mempunyai zaman pemerintahan mereka sendiri dan lazimnya pemimpin baharu akan menyatakan pemimpin terdahulu melakukan kesilapan lalu melakukan perubahan.
Advertisement

“Tetapi di Malaysia pemimpin dahulu menyalahkan pengganti-penggantinya, menyalahkan Datuk Seri Najib Abdul Razak serta Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ia amat luar biasa.

“Sepatutnya zaman dia (Tun Mahathir) sudah berlalu, jadi diam-diam duduklah berzikir, engkau buka aib pemimpin sekarang jangan lupa kita pernah tutup aib dia dan jangan sampai kita buka aib dia,” katanya yang disambut dengan sorakan gemuruh daripada ahli perwakilan.-SInar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.