Janda Tertikam Diri Sendiri Bergaduh Dengan Kekasih Muda

ALOR SETAR — Gara-gara cemburu, seorang janda cedera di pinggang kiri selepas tertikam diri sendiri ketika bertengkar dengan kekasihnya.

Janda, 25 dan kekasihnya, 17, bertengkar apabila mangsa menghubungi lelaki lain untuk menghantarnya ke Pulau Pinang bagi melawat bapa yang sakit, lapor Metro.

Lelaki itu didakwa memukul mangsa di rumahnya di Taman Desa, Kubang Rotan di sini, sekitar jam 3.30 pagi.

“Saya yang tidak tahan dipukul kemudian mengambil pisau di dapur untuk mempertahankan diri namun dia datang untuk merampas menyebabkan berlaku pergelutan sebelum saya tertikam diri sendiri sementara dia turut cedera di tangan.

“Darah ketika itu keluar tidak henti-henti dan keadaan saya sangat lemah dan hanya teringatkan keluarga sebelum teman lelaki menghubungi bapa tiri saya memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Mangsa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah dan menerima empat jahitan sebelum dibenarkan keluar wad hari ini.

Baru sebulan menjalinkan cinta, mangsa nekad memutuskan hubungan dengan lelaki yang juga anak angkat bapa tirinya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata suspek direman sejak semalam sehingga 12 Julai ini.

Pisau yang digunakan dalam kejadian, dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.