Aamir Khan Kini ‘Raja Antara Khans’ Di Bollywood

MUMBAI – Tiga pelakon India yang berkongsi nama akhir ‘Khan’ telah memerintah ´box office´ Bollywood sepanjang tiga dekad, tetapi kejayaan terhadap filem “Dangal” bermakna kini Aamir Khan adalah ‘Raja Antara Khans’.

Menurut AFP, dikenali sebagai “Khans of Bollywood”, Aamir, Shah Rukh, dan Salman telah menjadi superstar yang tidak dapat disangkal dalam industri filem Hindi sejak pertengahan 1990-an, menjadikan mereka berturut-turut untuk memerintah industri bollywood.

Tetapi dengan rekod yang dicatat oleh filem “Dangal”, Salman pula kurang mendapat sambutan, yang jarang berlaku dan Shah Rukh berlalu tanpa kejayaan besar dalam tempoh empat tahun, mahkota kini berada di atas kepala Aamir.

‘Khans’ antara mereka, biasa berada di tahap yang sama tetapi kini Aamir telah bergerak ke hadapan dan Shah Rukh agak ketinggalan baru-baru ini,” menurut penganalisis perdagangan filem, Ramesh Bala. Katanya ketiga-tiga mereka yang berusia 52 tahun ini dan mereka tidak berkaitan secara persaudaran.

Filem “Dangal” telah menetapkan tahap ukuran yang baharu untuk potensi filem Bollywood sejak pertama kali dikeluarkan di India pada Disember tahun lalu.

Filem itu dengan cepat menjadi filem Bollywood yang paling hebat pernah berjaya ke tahap yang tinggi, mengangkat satu lagi filem Aamir ke tempat teratas, dan telah mengutip hampir 20 bilion rupee (AS$ 310 juta) di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.