Saudi Dedah Dalang Insiden Bom Masjid Nabawi

RIYADH, SAUDI – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, mendedahkan dalang pengeboman berhampiran Masjid Nabawi di Madinah, Isnin lalu.

 

Memetik laporan Saudi Press Agency kementerian itu dalam kenyataannya melaporkan suspek, Naer Musllam Hammad al-Nijaidi, 26, dipercayai merupakan pelaku serangan pengeboman itu selain mempunyai rekod penyalah gunaan dadah.

 

Dalam kenyataan itu turut menamakan tiga individu yang terlibat dalam serangan pengeboman di bandar Qatif termasuk Abdulrahman Saleh Mohammed al-Amer, 23, pernah diberkas kerana terlibat dalam rusuhan mendesak pembebasan tahanan dikaitkan dengan insiden keganasan, dua tahun lalu.

 

Dua suspek lain adalah Ibrhaim Saleh Mohammed al-Amer dan Abdulkareem Ibrahim Mohammed al-Hasini, masing-masing berumur 20 tahun.

 

Difahamkan, menahan 19 suspek termasuk 12 warga Pakistan dan tujuh rakyat tempatan yang dipercayai terlibat dalam siri serangan di Madinah, Qatif dan Jeddah, awal minggu lalu.

 

Hasil pemeriksaan autopsi menunjukkan penggunaan bahan letupan nitrogliserin yang didakwa sama seperti sebatian ditemui di lokasi pengeboman di parkir kenderaan Hospital Sulaiman Faqih di Jeddah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.