Lim Guan Eng Tarik Balik Kenyataan ‘Menggigit & Menyalak’

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini berkata beliau menarik balik semua rujukan kepada sebuah kiasan Inggeris yang beliau gunakan pada majlis pelancaran awal bangunan pejabat baharu Institut Pulau Pinang pada 28 Jun lepas.

 

Guan Eng, dalam ucapannya, telah menggunakan istilah ‘bitting the hand that feeds you’ (Menggigit tangan yang menyuap) dan ‘barking’ (menyalak) yang menyinggung sesetengah pihak kerana istilah ‘menggigit’ dan ‘menyalak’ sering digunakan untuk merujuk kepada anjing.

 

Bernama menyiarkan ucapan Guan Eng semalam di mana agensi berita itu melaporkan bahawa ‘bite dan bark’ (menggigit dan menyalak) dilihat oleh sesetengah pihak sebagai menghina kumpulan penyelidik di institut itu.

 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dari Georgetown sebagai respons kepada laporan Bernama itu, Guan Eng berkata:

 

“Oleh itu, saya akan menarik balik semua rujukan kepada kiasan Inggeris ‘menggigit tangan yang menyuap’ atau menyalak dan menggantikan dengan istilah tidak menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan negeri tetapi memberi hak kepada ahli-ahli untuk melahirkan pertentangan pendapat dan menyatakannya secara umum.”

 

“Bagaimanapun, saya tidak ingin mahu memanjangkan kontroversi yang tidak perlu kerana saya sedar bahawa anjing dalam konteks Barat yang dianggap sebagai teman setia tidak terpakai konteks budaya Malaysia.

 

“Ia juga mempunyai implikasi budaya dan agama yang tidak wajar,” katanya.

 

Guan Eng berkata intipati ucapan pada majlis pelancaran awal itu menekankan kepada amalan kebebasan di Pulau Pinang.

 

“Saya telah mengingatkan Institut Pulau Pinang bahawa walaupun kebebasan memberikan hak kepada mereka menyatakan pertentangan pendapat dengan kerajaan negeri biarpun secara umum namun sebagai pembiayai utama institut itu, kerajaan negeri mengharapkan kesetiaan,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.