Video: Coca-Cola Buang Label Sempena Ramadan

MESIR – Cawangan syarikat minuman ringan terkemuka, Coca-Cola di Asia Barat, mengumumkan langkah pengeluaran produk minuman Coca-Cola tanpa label sebagai kempen memerangi prejudis sepanjang bulan suci Ramadan.

 

Coca-Cola dalam kenyataannya menjelaskan, reka bentuk baharu produk itu hanya melibatkan jalur berwarna merah dan perak, tetapi perkataan Cola-Cola dipadamkan.

 

Jelas kenyataan tersebut, di belakang tin minuman berkenan slogan berbunyi ‘Label hanya untuk tin, bukan manusia’ dicetak bagi mempromosikan kempen menangani sikap prejudis dalam kalangan segelintir masyarakat.

 

Coca-Cola juga menyiarkan satu rakaman video menerusi laman perkongsian video, YouTube yang memaparkan situasi salah faham yang boleh tercetus akibat perasaan buruk sangka.

 

 

“Menerusi kempen ini, Coca -Cola menggalakkan dunia untuk melihat tanpa label, tetapi sebaliknya membuka hati dan melihat melalui hati mereka.

 

“Coca-Cola membuang label sendiri dalam usaha untuk mempromosi dunia tanpa label dan pre­judis,” jelas kenyataan berkenaan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.