Lelaki Cina Mengaku Salah Baling Babi Dalam Masjid

BUTTERWORTH –  Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas lelaki berusia 41 tahun yang mengaku bersalah atas pertuduhan membaling cebisan daging babi ke dalam kawasan Masjid Jamek Telaga Air, Butterworth, 6 Februari lalu.

 

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh Lee Tian Chong mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

 

Berita berkaitan;- Lelaki Cina Ditangkap Baling Babi Ke Masjid Di Butterworth

 

Berdasarkan fakta kes, Tian Chong didakwa dengan sengaja telah mencemarkan rumah ibadah orang Islam dengan membaling cebisan daging babi ke dalam kawasan masjid berkenaan.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana dengan niat mengaibkan agama dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.