Warga Mynmar Mati Dibunuh

BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati ditikam selain putus pergelangan tangan di belakang sebuah rumah di Jalan Baru Perai di sini awal pagi semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 46 tahun itu dikenali sebagai Aung Khin (gambar kecil) berdasarkan pasport miliknya.

“Pada pukul 1.10 pagi tadi (semalam) polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan menemui seorang lelaki di belakang rumah itu.

“Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dengan mengenakan seluar slack berwarna hijau dan baju kemeja bercorak petak,” katanya.ne_05.1

Tambah sumber itu, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat tersebut dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman pada badan dan pergelangan tangan kanannya putus.

Tambahnya, mayat dipercayai diseret selepas ditikam kerana terdapat kesan seretan darah.

“Polis menemui sebilah pisau rambo dan dua buah telefon bimbit jenama Sony kira-kira enam meter dari mayat.

Turut ditemui ialah sebilah pisau rambo lain dan satu besi tajam berbentuk segi tiga tirus berhulu plastik tidak jauh dari mayat,”kata sumber itu.

Menurutnya,pemeriksaan sekitar 50 meter dari rumah itu turut menjumpai sebilah parang sepanjang 80 centimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Sebelum kejadian,dua orang saksi iaitu dua orang warga Myanmar mengaku terdengan bunyi bising diluar rumah kemudia terkejut apabila mendapati ada mayat di belakang tandas rumah mereka.

Setakat ini tiada maklumat tentang motif kejadian serta usaha mengesan dan mendapatkan maklumat tentang kejadian sedang giat dijalankan,”katanya lagi.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya dekat sini untuk bedah siasat,

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah.Asissten Komisioner Rusli Mohd.Noor ketika dihubungi Kosmo! semalam mengesahkan kejadan itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo-9 Julai 2014-MS 8

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.