Tahan Reman Suspek Bunuh Dilanjut

PUTRAJAYA – Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (TKP) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim merupakan seorang penjenayah licik sehingga siasatan terhadap kes pembunuhan itu belum menemui sebarang bukti.

Satu sumber berkata, kelicikan suspek berusia 32 tahun yang disyaki menganggotai kumpulan Geng 36 terbukti apabila sepanjang seminggu disiasat dia kerap mengelak ketika menyentuh kes membabitkan Shaharuddin.KES BUNUH TIM PENGARAH

Polis sehingga kini masih melakukan siasatan untuk mencari pistol dan motosikal yang digunakan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan di sini pada 26 April 2013.

Setakat ini, pihak berkuasa hanya menjumpai baju, telefon bimbit dan beberapa barang lain berhubung kes itu.

Sumber itu memberitahu, sepanjang disoal siasat, suspek yang sudah berkahwin itu hanya mengaku terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Selangor.

“Polis belum berputus asa dan mempunyai strategi lain untuk menyelesaikan kes bunuh Shaharuddin yang turut dibantu dengan pelbagai kepakaran untuk melengkapkan siasatan secepat mungkin,” kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Shaharuddin, 58, mati ditembak oleh dua lelaki menunggang motosikal ketika kenderaan pacuan empat roda Nissan Murano dinaikinya berhenti di persimpangan lampu

Kejadian itu berlaku pukul 8.15 pagi ketika Allahyarham Shaharuddin dari Dengkil dalam perjalanan ke pejabatnya yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Terdahulu, Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman ke atas lelaki itu dan tiga rakannya selama enam hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh itu.

Suspek itu dan tiga lelaki lain yang dipercayai terbabit dalam kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sebelum ini, keempat-empat lelaki itu direman selama tujuh hari bermula 2 Julai lalu sebaik diberkas di kawasan Bukit Indah, Ampang dan Selayang.

Suspek-suspek berusia antara 21 hingga 35 tahun yang memakai baju lokap dan baju T berwarna oren serta biru itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.35 pagi dengan dikawal ketat polis sebelum beredar kira-kira dua jam kemudian.

Ahad lalu polis menahan reman selama enam hari seorang remaja berusia 20 tahun berhubung kes yang sama menjadikan mereka yang diberkas kini berjumlah lima orang.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz36vIZ8E7U 
Hakcipta terpelihara 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.