Surat Tunjuk Sebab Kepada MP Kuala Langat

PETALING JAYA: Selepas Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin kini giliran Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid pula diberikan surat tunjuk sebab ekoran memberi kenyataan media yang menyentuh isu kedudukan Menteri Besar Selangor. 

Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi mesyuarat biro politik yang diputuskan pada malam Selasa. 

“Abdullah Sani didapati mengeluarkan kenyataan pada akhbar Berita Harian, bertajuk ‘Abdul Khalid perlu akur ‘Langkah Kajang” yang menyentuh isu kedudukan Menteri Besar Selangor. 

“Oleh itu, beliau akan diberi surat tunjuk sebab untuk mendapatkan penjelasannya mengenai kenyataan itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.  
Menurut Dr Tan, beberapa individu lain turut seperti Saifuddin Shafi Muhammad (cabang Hulu Selangor) dan Nor ASmah Baharuddin (cabang Bandar Tun Razak) digantung keahliaan masing-masing. 

“Saifuddin digantung keanggotaan selama tiga bulan berkuat kuasa serta merta kerana membocorkan laporan minit mesyuarat biro politik di akaun twitter sementara Nor Asmah telah mengkritik parti secara terbuka di laman Facebook,” katanya. 

Minggu lalu, Jawatankuasa Disiplin PKR, mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap tiga individu, termasuk Iskandar, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves Amiruddin Shaari serta Faekah Hussein berhubung isu yang sama. 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/09/lembaga-disiplin-pkr/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.