Pemilihan PKR: Azmin Hampiri Kemenangan

Setelah hampir dua bulan tanpa kemaskini keputusan terbaru pemilihan timbalan presiden PKR menunjukkan Azmin Ali melebarkan jurang ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan majoriti 3,458 undi.

Keputusan rasmi terbaru yang melibatkan 195 cabang seluruh Malaysia menunjukkan Azmin semakin hampir mengekalkan jawatannya dengan 21,066 undi sementara Khalid mengekori dengan 17, 608.

azmin Ali PKR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya mendapat 9,944 undi setakat ini.

Sementara itu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri) terkeluar dari saingan empat jawatan naib presiden apabila dipotong tiga calon lain.

Penyandang Naib Presiden Nurul Izzah Anwar terus mengungguli dengan 27,031 undi diikuti Tian Chua (20,480).

Calon yang dilihat dari kumpulan Azmin iaitu Shamsul Iskandar Md Akin kini meraih18,777 undi manakala ADUN Seri Andalas Xavier Jeyakumar kini mendapat 17,587.

Rafizi yang dulu berada di tangga kedua kini hanya meraih 17,461.

Di persaingan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Setiausaha PKR Selangor Amiruddin Shari mendahului dengan 4,107 undi diekori rapat Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dengan 3,911undi.

Boleh tarik kembali keputusan

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Johari Abdul turut menegaskan JPP berhak menarik kembali keputusan pengundian jika terbukti berlaku kesalahan.

“Sebagai contoh kalau kita dapati berlaku apa-apa kesalahan dan ada bukti, kita akan gantung dan adakan pemilihan semula di cabang itu,” kata beliau.

Menurut Johari keputusan penuh bakal diumumkan pada kongres parti di Stadium Melawati Shah Alam pada 22 dan 23 Ogos depan.

“Bagaimanapun kalau dibenarkan saya mahu umumkan lebih awal mungkin pada 14 Ogos depan,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.