‘Pakcik’ Rogol Murid Tahun Lima

MIRI: Polis Miri memberkas seorang pengawal keselamatan berumur 58 tahun yang disyaki merogol seorang murid perempuan tahun lima di sebuah sekolah rendah di Niah dekat sini.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan sekitar jam 2.30 petang kelmarin berikutan laporan yang dibuat guru mangsa di Balai Polis Pusat Miri.

Semasa ditangkap, suspek merupakan pengawal keselamatan di sekolah mangsa sedang menjalankan tugas rutin.

Menurut sumber, sekitar jam 7.30 pagi kelmarin mangsa berusia 11 tahun berjumpa guru terbabit dan memberitahu bahawa pakciknya (suspek) meraba kemaluannya.

Pada masa sama, mangsa turut mengadu sakit di pangkal paha ketika membuang air kecil.

Menurut mangsa, kejadian seperti itu bukan pertama namun kerap berlaku sejak dia berusia lapan tahun namun takut mengadu kepada sesiapa setelah diugut tidak diberi wang belanja oleh suspek.

Berikutan itu, mangsa dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah dirogol.

Difahamkan, mangsa tinggal berdua bersama suspek sejak belajar di tahun dua kerana bapa mangsa bekerja di Bintulu manakala ibunya lama meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Berikutan itu, suspek ditangkap untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Dalam pada itu, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini petang semalam diperintahkan supaya direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Tempoh reman ke atas suspek akan tamat pada 15 Julai ini.

 

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/07/09/pakcik-rogol-murid-tahun-lima/#ixzz36vpgxwoc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.