LHDN Denda Semua Syarikat Cuba Lari Cukai Kira-Kira RM2 Bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan hampir-hampir kerugian sekitar RM2.02 bilion akibat perbuatan 1,748 syarikat pelbagai sektor yang dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cuba lari cukai dalam tempoh tiga tahun sejak 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan LHDN, Datuk Mohd. Nizom Sairi (gambar kecil) berkata, bagaimanapun hasil audit pematuhan cukai yang dijalankan oleh LHDN, kerajaan bukan sahaja memperoleh semula hasil itu tetapi juga bayaran penalti berjumlah RM1.3 bilion daripada syarikat terbabit.

“Semua syarikat berkenaan melakukan pelarian cukai tidak nyata dan tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah secara sivil di luar mahkamah iaitu perlu membayar cukai taksiran tambahan serta penalti, katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Mohd. Nizom, LHDN juga mengambil tindakan jenayah jika terdapat bukti kukuh sesebuah syarikat melakukan pelarian cukai yang menuntut pembayaran cukai taksiran tambahan dan penalti, selain pemilik berdepan hukuman penjara.

Beliau berkata, antara modus operandi syarikat yang cuba lari daripada membayar cukai ialah membuat tuntutan pembelian dan perbelanjaan palsu, tidak melaporkan jualan atau mengurangkan jualan yang dilapor, selain tuntutan elaun berlebihan atau tuntutan elaun tidak layak.

“Ada yang cuba laporkan sebahagian sahaja daripada keuntungan… mungkin transaksi jualan tunai tanpa resit yang dilakukan tidak dimasukkan dalam akaun, serta meningkatkan perbelanjaan belian kononnya untuk perniagaan,” katanya.

Menurutnya,ada juga antara syarikat terbabit menuntut potongan yang tidak sepatutnya atau secara berlebihan seperti alaun modal dan tuntutan insentif yang tidak layak.

Mohd.Nizom berkata,meskipun sukar untuk menentukan jumlah pelarian cukai yang tepat setiap tahun,LHDN Sentisa mempergiatkan usaha untuk memastikan jumlah cukai sebenar yang perlu dibayar dapat dikutip mengikut tempoh yang ditetapkan.

Menurutnya,susulan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat pada 2001,LHDN menguatkuasakan audit pematuhan.

Selepas audit dilakukan dan kalau kita kesan ada berlakunya taksiran kurang,melaporkan tidak betul,atau tidak melaorkan yang dengan sengaja dilakukan untuk mengurangkan cukai yang dikenakan terhadapnya,kita akan betulkan semula dan taksirkan cukai tambahan berserta dengan penalti,”katanya.

Mohd.Nizom berkata orang ramai boleh melaporkan kegiatan pelarian cukai pendapatan kepada LDN menerusi surat atau email ke pelariancukai@hasil.gov.my,atau menghubungi talan 03-83138888 sambungan 20601/20607 atau hadir ke ibu pejabat LHDN di Cyberjaya atau mana-mana Pejabat Pengarah Negeri LHDN berhampiran.

Kosmo-9 Julai 2014-MS 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.