Klose Cipta Rekod Penjaring Terbanyak

BELO HORIZONTE: Penyerang Jerman, Miroslav Klose mencipta rekod baharu Piala Dunia apabila menjaringkan gol ke-16 ketika menentang Brazil dalam separuh akhir di Stadium Mineirao, pada Rabu.

Penyerang Lazio berusia 36 tahun itu sebelum ini menyamakan rekod lama iaitu 15 gol ciptaan Ronaldo dari ketika meledak satu ketika menentang Ghana dalam saingan peringkat kumpulan pada 22 Jun lalu. 

Klose adalah pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol pada empat edisi berlainan dan dia juga penjaring terbanyak Jerman dengan 71 gol daripada jumlah 135 penampilan untuk skuad negara. Seperkara lagi, Jerman tidak pernah kalah dalam perlawanan dia menjaringkan gol. 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.