Awang Adek Kekal Ketua Umno Bahagian Bachok

BACHOK – Tiada sebarang pertukaran Ketua Umno Bahagian Bachok yang akan berlaku walaupun Datuk Dr Awang Adek Hussin berada di luar negara.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memantau perjalanan Umno Bachok dan Pemangku

Ketua Bahagian, Datuk Dr Ilias Husain menjalankan tugasnya memberikan garis panduan untuk setiap aktiviti yang digerakkan.

Menurutnya, sebelum berangkat ke Amerika Syarikat, Dr Awang Adek sudah melantik biro-biro berkaitan untuk memberikan kerjasama kepada Ilias.

Dr Awang Adek yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan, dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Mac lalu.

http://www.sinarharian.com.my/politik/awang-adek-kekal-ketua-umno-bahagian-bachok-1.297727

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.