Teresa Kok Ingatkan Jamal Yunos Bayar Kos Guaman Selepas Bebas Kanser

- Advertisement -

CYBERJAYA – Susulan pengumuman Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa beliau kini bebas daripada kanser tahap akhir, Ahli Parlimen Seputeh dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok tampil memberikan ucapan tahniah — sambil mengingatkan Jamal tentang satu urusan mahkamah yang belum diselesaikan.

Dalam satu hantaran ringkas tetapi sinis di media sosial, Teresa menulis:

“Tahniah!!!🙌 Masa untuk Jamal bayar peguam saya seperti yang diperintahkan mahkamah 😁”

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Jamal membayar ganti rugi kepada Teresa Kok dalam kes fitnah. Walaupun kes berkenaan telah diputuskan, bayaran tersebut dilaporkan masih belum diselesaikan.

Dalam masa yang sama, kenyataan Jamal yang mendakwa beliau bebas sepenuhnya daripada kanser tahap akhir selepas hanya lima bulan rawatan turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Antara komen dari seorang pengguna media sosial yang secara sarkastik bertanya:

“Siapa dia punya doktor? Bolih lah recommend kepada orang yang mengidap penyakit kanser, stage 4 pun boleh sembuh, hebat betul.”

Komen tersebut menggambarkan keraguan dan kejutan orang ramai terhadap pengumuman sembuh sepenuhnya dalam tempoh singkat bagi penyakit yang lazimnya memerlukan rawatan berpanjangan, malah adakalanya tidak berjaya diubati.

Pada 2018, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Jamal membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Teresa Kok dalam satu kes fitnah berkaitan tuduhan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Mahkamah turut memerintahkan Jamal membayar kos guaman, namun bayaran tersebut dipercayai belum dilunaskan sepenuhnya sehingga kini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat