‘Ustaz Cari Makan’ Macam Dr Maza Takut Dengan Siti Kasim Kata Syed Akhbar

KUALA LUMPUR – Penulis politik pro kerajaan, Syed Akbar Ali membidas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan hanya berani berdebat dengan wanita.

Syed Akbar melalui laman blognya berkata keberanian Mufti Perlis itu kerana beliau berselindung di sebalik peruntukan undang-undang.

“Pertama sekali Dr Maza berani cabar Siti Kassim berdialog sebab Dr Maza boleh berlindung (menyorok) belakang Undang2 3,5,6.

“Apa itu Undang2 3,5,6? Sesiapa yang mempunyai pandangan agama yang tidak disetujui atau disukai oleh Dr Maza (sebagai Mufti) boleh didakwa di mahkamah syariah dan jika salah boleh di kenakan penjara tiga tahun, denda RM5000 dan sebat rotan enam kali.

“Itulah maksudnya Undang2 3,5,6. Inilah sumber keberanian Dr Maza dan sahabat-sahabatnya (yang) mencabar sesiapa pun untuk berdialog,” memetik kenyataan di dalam blog tersebut.

Asri dalam catatan Facebook Khamis lalu berkata, sikap peguam kontroversi Siti Kasim telah membimbangkan masyarakat dan beliau akan menganjurkan dialog terbuka mengenai Islam di Malaysia bersamanya dan Salman Ali.

Selanjutnya Syed Akbar berkata terdapat ramai orang Islam yang setuju dengan pandangan Siti Kassim sambil menyifatkan Mufti Perlis itu sebagai ustaz cari makan.

“Yang suka kritik Siti Kassim adalah Dr Maza tapi bila ajak dialog, panggil orang lain pula? Salman Ali? Kenapa Dr Maza ini takut berdialog dengan Siti Kassim ke?

“Tidak benar sama sekali kenyataan Dr Maza bahawa ‘Siti’s attitude worried many people’, sebaliknya terdapat ramai orang Islam dalam negara kita yang setuju dengan pandangan Siti Kassim.

“Yang worried pasal Siti’s attitude ini sebenarnya kaum “ustaz cari makan”, macam Dr Maza juga,” bidasnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Syed Akbar turut mempertikai konsep syurga dan neraka antara penganut agama Islam dan orang kafir.

“Macam mana kita boleh jadikan orang Islam sama taraf dan setanding dengan orang bukan Islam (sedangkan) kita masih bergantung kepada orang kafir untuk membeli seluar dalam pun, kain serban lilit kepala pun dibuat oleh orang kafir (manakala) kain sejadah pun masih ‘Made in China’.

“Tapi yang akan masuk syurga kita (Muslim) saja. (tapi) yang membekalkan semua keperluan hidup kita akan masuk neraka,” tegasnya pula.

Siti yang juga merupakan aktivis masyarakat sebelum ini menarik perhatian masyarakat apabila sering dilihat mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Namun menurutnya pandangan-pandangan tersebut bukan bermaksud untuk membawa ideologi baru dalam Islam namun sekadar menyuarakan pandangan selari dengan hak kebebasan bersuara. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.