Pengasas Pekida, Lan Gajah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Penasihat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman meninggal dunia di kediamannya di Keramat di sini pada pukul 10.45 pagi tadi.

Allahyarham yang lebih popular dengan panggilan “Lan Gajah” dan merupakan antara pengasas Pekida, meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat penyakit angin ahmar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak sulungnya, Rohaida yang juga Pengerusi Perhubungan Pekida Wilayah Persekutuan.

Menurut Rohaida, ayahnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Rohani Sudin.

Katanya, ayahnya meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta lapan orang cucu.

“Jenazah ayah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudah, Batu Muda, di sini selepas solat Asar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Allahyarham tidak aktif dalam Pekida selepas menghidap penyakit misteri pada 2014. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.