PAS Yakin Menang Jika Berlaku Pilihan Raya Negeri Di Kedah

KOTA BHARU – PAS yakin boleh menawan Kedah jika Pilihan Raya Negeri (PRN) benar-benar diadakan, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata bagaimanapun parti itu berharap agar jalan penyelesaian lain dapat dicapai sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) gagal mendapat sokongan untuk melantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

“PAS menawarkan jalan keluar iaitu mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang bertujuan untuk mengelak PRN daripada berlaku.

“Ini adalah jalan keluar yang terbaik jika menghadapi situasi sebegini. Tapi mereka (Pakatan Harapan) menolak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan Kali Ke-45 Tahun 2018 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

Beliau berkata konsep Kerajaan Perpaduan ini telah banyak diamalkan di negara-negara lain yang turut mengamalkan demokrasi.

Katanya langkah itu boleh diambil bagi mengelakkan pembaziran wang jika PRN diadakan terutama selepas berlakunya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bulan lepas.

Selepas sebulan PRU14 berlangsung, Kerajaan Kedah pimpinan PH masih belum mengumumkan Speaker DUN kerana hanya berjaya membentuk kerajaan minoriti di negeri tersebut.

Ia selepas PH mendapat 18 kerusi DUN manakala Pas menguasai 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN), tiga kerusi.

Keadaan itu mewujudkan keadaan yang seimbang antara kerajaan dan pembangkang kerana DUN Kedah mempunyai kerusi yang genap. – BERNAMA

2 thoughts on “PAS Yakin Menang Jika Berlaku Pilihan Raya Negeri Di Kedah

  • June 14, 2018 at 9:00 pm
    Permalink

    salam …. jgnlah takbur angkuh melangkaui kuasa allah swt… tamak haloba ingin kemenangan bukan nya sikap bertanggungjawab…..rakyat meluat muak sikap begini… apa tujuan prn ? tidak adakah cara lain lagi??? kalau tengok luaran berpakaian islam….tapi.. hairan pelik begini rupanya….

    Reply
  • June 15, 2018 at 10:48 am
    Permalink

    75% Melayu tak sokong PH.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.