Menteri Pertahanan Balik Kampung Naik ETS

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Pertahanan, Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu yang dikatakan mengunakan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) petang tadi berjaya menarik perhatian netizen.

Salah seorang penguna Twitter, yang mendakwa terserempak dengan Mat Sabu di stesyen ETS memuji tindakan tersebut.

“Jangan kata YB @MSabu_Official asyik naik heli dan tank ja! YB balik kampung naik ets kotttt! Padu bossku! Anak muda kita,” ujar pemilik akaun @kamalQuiin day melalui status tersebut sambil memuatnaik gambarnya bersama Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Sementara itu salah seorang kenalannya turut berkongsi pengalamannya bersama Mat Sabu yang sebelum ini disangka sebagai pemandu teksi.

“Kalau mak saya tak bagi tahu ini (adalah) YB Mat Sabu kita, sampai sekarang saya ingat pakcik ni pemandu teksi.

“(Mat Sabu) pinjam power bank saya kejap (sebab) nak menelefon orang (kerena) telefonnya kehabisa bateri. Jumpa hujung tahun lepas dekat lapangan terbang Penang, sangat merendah diri,” ujar @ayongiqaaa pula.

Seterusnya Kevin Yee turut memuji sikap Mat Sabu yang disifatkan sebagai tidak berpura-pura, berbanding bekas menteri-menteri dari Barisan Nasional (BN).

“Sangat sempoi, saya sangat meminati YB Mat Sabu (kerana) dia sangat bersahaja ketika bersama masyarakat sama ada di jalanan, kedai kopi dan sebagainya.

“Tidak pernah melihat (bekas menteri) Nazri (Aziz), (Salleh) Keruak, (Rahman) Dahlan mendekati masyarakat di dalam keretapi, stesyen bas. Selamat tinggal BN,” komen @kevinyee9903 pula. – SuaraTV

3 thoughts on “Menteri Pertahanan Balik Kampung Naik ETS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.